Ahad, 6 April 2014

RIBA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


Pendahuluan
1.0              Pengertian Riba Dan Dalil Pengharamanya
1.1              Definisi Riba Menurut Bahasa Dan Istilah
1.1.2    Definisi Menurut Bahasa
1.1.3    Definisi Riba Menurut Istilah
1.3       Dalil-Dalil Pengharaman Riba
2.0       Barangan Berunsur Riba   
2.1       ‘Illah (Sebab) Riba
3.0       Bahagian-Bahagian Riba Dan Hukum Riba
3.1       Riba Al-Buyu’
3.2       Definisi  Jenis-Jenis  Riba
3.2.1    Riba Al- Fadl
3.2.2    Riba Nasi’ah ( Bayaran Tertangguh )
3.2.3    Riba Al- Yad ( Tangan )
3.3       Kaedah Menentukkan Barangan Sama Bahagian Atau Tidak .
3.4       Jual Beli Barangan Berunsur Riba Dan Syarat-Syarat Bagi Membolehkannya.
3.4.1    Barangan Sama Jenis
3.4.2    Barangan Tidak Sebahagian Tetapi Mempuyai Illah Riba Yang Sama
3.4.3    Barangan Berlainan Illah Riba.
3.4.4    Pertukaran Berunsur Riba Dengan Barangan Bukan Berunsur Riba
3.5       Bilakah Persamaan Ini Diambil Kira
3.5.1    Faktor yang Menghalang Persamaan
3.6       Persamaan Berdasarkan Keyakinan dan Bukan Andaian
3.7       Muzabanah dan Muhaqalah
3.8       Al-Araya
4.0       Hikmah Pengharaman Riba
Kesimpulan
Rujukan









Pendahuluan
Riba bermakna tambahan atau penundaan tertentu yang dilarang oleh syariat. Jadi riba itu memiliki beberapa bentuk, ada yang berupa penambahan yang dalam bahasa arab disebut fadhl dan ada yang berbentuk penundaan penyerahan barang tertentu yang dilarang oleh syariat yang dalam bahasa arab disebut nasiah. Ada juga riba nasiah dalam bentuk penambahan yang disyaratkan untuk mendapatkan penundaan pembayaran hutang. Hikmah tentang perkara-perkara berkaitan muamalat tidak dinyatakan secara khusus ialah agar ia lebih anjal (murunah) dan tidak menyebabkan kesulitan kepada orang ramai. Ini selari dengan objektif Syariah (maqasid Syariah) yang bertujuan untuk mewujudkan kemaslahatan dan menolak kemudaratan. Di samping itu, ia juga bagi membolehkan ijtihad dilaksanakan agar sesuatu hukum yang dibuat bersesuaian mengikut perubahan zaman, tempat, dan adat.

1.0  PENGERTIAN RIBA DAN DALIL PENGHARAMANYA
1.1.            Definisi Riba Menurut Bahasa Dan Istilah
1.1.2    Definisi Menurut Bahasa
 Riba merujuk kepada lebihan, pertambahan dan perkembangan. Firman Allah SWT:
ts?ur šßöF{$# ZoyÏB$yd !#sŒÎ*sù $uZø9tRr& $ygøŠn=tæ uä!$yJø9$# ôN¨tI÷d$# ôMt/uur ô
Maksudnya: Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang mencerup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan bahagian-bahagian tanaman yang indah permai. (Surah al-Haj: 5)
Maknanya, bumi ini bergerak, meningkat dan bertambah berbanding sebelum hujan turun. Firman Allah SWT:
Ÿbr& šcqä3s? îp¨Bé& }Ïd 4n1ör& ô`ÏB >p¨Bé& 4
Maksudnya: Disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain. (Surah al-Nahl: 92)
Maknannya, semua bayaran tambahan kepada modal yang kamu berikan kepada pemakanan riba akan menambah dan mengembangkan harta mereka tetapi Allah SWT akan menghapuskannya dan tidak akan memberkatinya.
1.1.3    Definisi riba menurut istilah
Menurut istilah para fuqaha terdapat beberapa definisi, antaranya:
a)      Mazhab Hanafi: Riba ialah lebihan suatu harta tanpa tukaran (gantian) di dalam sesuatu akad tukaran harta dengan harta. Maksudnya ialah lebihan harta walaupun lebihan itu dalam bentuk hukum sahaja.
b)      Mazhab Syafie: Riba ialah akad yang dimeterai sebagai pertukaran barang tertentu tetapi pada ketika akad dimeterai pertukaran ini tidak diketahui kesamarataannya menurut ukuran Syarak ataupun penyerahan salah satu atau kedua-dua barangan tersebut dilewatkan.
c)      Mazhab Hanbali: Riba ialah berlaku lebihan dalam beberapa perkara dan kelewatan penyerahan yang dikhususkan dengan perkara tertentu berdasarkan syariat yang mengharamkannya.
d)     Mazhab Maliki: Setiap jenis daripada jenis riba mengikut yang ditakrifkannya.
Menurut istilah para fuqaha’, riba ialah akad yang dimeterai sebagai pertukaran barang tertentu tetapi pada ketika akad dimeterai pertukaran ini tidak diketahui kesemerataannya menurut ukuran syara’ ataupun penyerahan salah satu atau kedua-dua barangan tersebut dilewatkan.
Barangan tertentu di sini merujuk kepada harta yang terbabit dengan riba (barangan berunsur riba). Tidak diketahui kesamarataannya bermaksud salah satu barangan tidak sama dengan barangan satu lagi ataupun tidak diketahui persamaannya.
Ukuran syara’ merujuk kepada sukatan bagi barangan yang disukat ataupun timbangan bagi barangan yang ditimbang. Tujuan yang dikatkan pada ketika abad dimeterai ialah untuk menunjukkan ia tetap akad riba walaupun kesamarataanya antara kedua-dua barangan diketahui selepas akad dimeterai.
Penyerahan salah satu atau kedua-dua barangan tersebut dilewatkan bermmaksud tidak berlaku penyerahan barangan antara kedua-dua pihak yang berakad ketika akad dimeterai ataupun akad tersebut menetapkan tempoh tertentu untuk penyerahan.
1.2       Dalil-Dalil Pengharaman Riba
Riba dalam Islam telah jelas akan pengharamannya tanpa ada percanggahan pendapat oleh para ulama’. Terdapat beberapa ayat Al-Quran dan hadis yang jelas mengharamkan riba. Semoga dengan dalil-dalil yang jelas ini dapat memberikan penjelasan kepada semua akan pengharaman riba. Di antara ayat-ayat yang memberikan amaran keras oleh Allah S.W.T. adalah seperti yang dinyatakan di bawah:
$ygƒr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qà)®?$# ©!$# (#râsŒur $tB uÅ+t/ z`ÏB (##qt/Ìh9$# bÎ) OçFZä. tûüÏZÏB÷sB ÇËÐÑÈ   bÎ*sù öN©9 (#qè=yèøÿs? (#qçRsŒù'sù 5>öysÎ/ z`ÏiB «!$# ¾Ï&Î!qßuur ( bÎ)ur óOçFö6è? öNà6n=sù â¨râäâ öNà6Ï9ºuqøBr& Ÿw šcqßJÎ=ôàs? Ÿwur šcqßJn=ôàè? ÇËÐÒÈ  
Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut), jika benar kamu orang yang beriman (278). Maka jika kamu tidak melakukan (perintah tinggalkan riba itu) maka ketahuilah Allah S.W.T. dan Rasul-Nya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa (279).  (Al-Baqarah:278-279)


$ygƒr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãYtB#uä Ÿw (#qè=à2ù's? (##qt/Ìh9$# $Zÿ»yèôÊr& Zpxÿy軟ÒB ( (#qà)¨?$#ur ©!$# öNä3ª=yès9 tbqßsÎ=øÿè? ÇÊÌÉÈ
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu memakan riba dengan berlipat-ganda; dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya.” (Ali ‘Imran:130)
!$tBur OçF÷s?#uä `ÏiB $\/Íh (#uqç/÷ŽzÏj9 þÎû ÉAºuqøBr& Ĩ$¨Z9$# Ÿxsù (#qç/ötƒ yYÏã «!$# ( !$tBur OçF÷s?#uä `ÏiB ;o4qx.y šcr߃̍è? tmô_ur «!$# y7Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbqàÿÏèôÒßJø9$# ÇÌÒÈ  
Maksudnya: “Dan sesuatu pemberian (riba) yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah. Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang yang beroleh pahala berganda-ganda.”  (Al-Rum30:39)
ãNÏdÉ÷{r&ur (#4qt/Ìh9$# ôs%ur (#qåkçX çm÷Ztã öNÎgÎ=ø.r&ur tAºuqøBr& Ĩ$¨Z9$# È@ÏÜ»t7ø9$$Î/ 4 $tRôtGôãr&ur tûï̍Ïÿ»s3ù=Ï9 öNåk÷]ÏB $¹/#xtã $VJŠÏ9r& ÇÊÏÊÈ  
Maksudnya: “Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah. Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”  (Al-Nisa’:161)
Hadis di bawah adalah penjelasan Nabi S.A.W. tentang kedudukan sebenar pemakan riba, wakil, saksi dan penulisnya yang telah dilaknati Allah S.W.T. di mana sabda Nabi S.A.W:
“ Allah melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.” . (Riwayat Ahmad, Tirmizi, dan Ibn Majah)

2.0       BARANGAN BERUNSUR RIBA
Riba berlaku apabila membabitkan enam barangan berikut iaitu: emas, perak, gandum, barli, tamar dan garam. Semua barangan ini ada bersabda:
الذهب بالذهب ربا إلا هاء وهاء، والبر بالبر ربا إلا هاء وهاء، والتمر بالتمر ربا إلا هاء وهاء، والشعير بالشعير ربا إلا هاء وهاء
Maksudnya: Emas dengan emas adalah riba kecuali secara ambil, gandum dengan gandum adalah riba kecuali secara ambil dengan ambil, barli dengan barli adalah riba kecuali secara ambil dengan ambil dan tamar dengan tamar adalah riba kecuali secara ambil dengan ambil.
Dalam riwayat yang lain disebut:
الورق بالذهب ربا إلا هاء وهاء
Maksudnya: Perak dengan emas adalah riba kecuali secara ambil dengan ambil. Riwayat al-Bukhari (2007)
Maksud secara ambil dengan ambil ialah kedua-dua pihak hulur-menghulur barangan yang dijual beli ketika memeterai akad dan berlaku penerimaan dalam majlis tersebut. Terdapat banyak nas iaitu dalam hadith-hadith yang akan diperkatakan selepas ini yang barangan-barangan ini juga garam sebagai barangan berunsur riba.
Selain enam barangan tersebut, unsur riba juga turut wujud dalam barangan-barangan lain. Ini kerana, hukum yang ditetapkan pada barangan yang disenaraikan tadi sebenarnya berpandukan kepada sebab tertentu. Dengan itu, barangan lain perlu dipadankan dengan sebab yang diterima pakai ini bagi menentukan kewujudan riba.

2.1       ‘Illah (Sebab) Riba
Illah riba merujuk kepada ciri-ciri tertentu yang menjadikan sesuatu barangan itu disenaraikan sebagai barangan berunsur riba. Jika unsur ini terdapat dalam sesuatu urusniaga, urusniaga tersebut dikelaskan sebagai urusniaga riba.
Para ulama telah membahagikan barangan kepada dua bahagian iaitu:
2.1.1        Wang
Merujuk kepada illah riba pada emas dan perak. Para Ulama telah sepakat bahawa emas dan perak adalah berkongsi illah yang sama dalam masalah riba demikian juga empat lagi barang ribawi berkongsi satu lagi illah yang berbeza dengan illah emas dan perak. Illa riba emas dan perak adalah keduanya barang yang ditimbang maka dihubungkan kepadanya segala jenis barang yang ditimbang seperti tembaga, timah, besi, dan kapas. Ini adalah qaul al-Ahnaf (Mazhab Hanafi) dan riwayat yang masyhur daripada Hanabilah (Mazhab Hanbali).
2.1.2        Makanan
Kategori ini merujuk kepada enam barangan yang disebut oleh nabi Muhammad SAW antaranya kurma, barli, tamar, dan garam. Ini adalah tergolong dalam barangan ribawi. Semua makanan samada ianya makanan asasi atau tidak ia tergolong dalam barangan ribawi.
Menurut para fuqaha’: Barangan yang dinyatakan dalam hadith-hadith tadi ada yang dalam bentuk matawang seperti emas dan perak, dan ada dalam bentuk makanan manusia seperti gandum, barli, tamar dan garam. Berdasarkan kepada faktor ini dapat disimpulkan bahawa kayu ukur yang diterima pakai bagi menentukan sesuatu bagi menentukan sesuatu barangan itu berunsur riba atau tidak ialah mata wang dan makanan, tanpa mengambi kira sukatan atau timbangannya. Seolah-olah syara’ menggariskan semua barangan yang berupa mata wang atau makan tidak boleh dijual beli dengan barangan yang sama bahagian dengannya melainkan jika menurut syarat-syarat tertentu.
3.0   BAHAGIAN-BAHAGIAN DAN HUKUM RIBA
3.1       Riba al-Buyu’
Riba ini adalah berkaitan dengan barangan ribawi. Ia adalah hasil ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran dua barangan ribawi, atau pertukaranya dibuat secara bertangguh.
Menurut Ulama mazhab hanafi, maliki, dan hambali membahagikan riba kepada dua jenis:
        i.            Riba al- fadhl.
      ii.            Riba al- Nasi’ah.
Manakala mazhab syafie membahagikan riba kepada empat jenis:
        i.            Riba al- fadhl.
      ii.            Riba al- Nasi’ah.
    iii.            Riba al- Yad.
    iv.            Riba al- Qard  sya’rawi
3.2       Definisi  jenis-jenis  riba
 3.2.1   Riba al- Fadl
Riba fadl ialah jual beli barangan yang berunsur ribawi  dengan barangan yang sama dan disertakan dengan bayaran tambahan oleh salah satu pihak. Unsur riba iaitu bayaran tambahan yang terdapat dalam urusniaga ini amat jelas dan ketara.
Urusniaga seperti ini adalah haram dan tidak dibenarkan. Hukum  ini berdasarkan larangan yang dinyatakan dalam hadith Rasulullah SAW.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لا تبعوا الذهب بالذهب إلا مثلا بمثل ولا تشفوا بعضها على بعض ولا تبعوا الورق بالورق إلا مثلا بمثل ولا تشفوا بعضها على بعض
Maksudnya: Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali sama dengan sama dan janganlah melebihkan yang satu atas yang lain. Jangan kamu menjual perak dengan perak kecuali sama dengan sama dan jangan kamu melebihkan yang atas satu yanglain. Riwayat al-Bukhari ( 2068 )
     Selain itu hukumm ini juga tidak mengambil kira bentuk barangan tersebut. Jika penjual menjual emas yang yang dibentuk acuan , penjual perlu memastikan kedua-dua emas tersebut mestilah sama dari segi berat dan tidak dibenarkan salah satu tidak sama berat dengan emas yang satu lagi. Hukum ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW :
ولا تبيعوا الورق بالورق الا مثلا بمثل
Maksudnya : “ Jangan kamu menjual perak dengan perak kecuali sama dengan yang sama “ . Riwayat al-Bukhari.
Dengan itu, para ulama menyatakan telah ijmak seluruh sahabat dan ulama berkenaan haramnya hukum riba al- Fadhl.
3.2.2    Riba Nasi’ah ( bayaran tertangguh )
Riba nasi’ah ialah jual beli atau bertukar antara dua barangan ribawi yang sama jenis secara bertangguh-tangguh. Hukum ini membabitkan semua pertukaran sama ada barangan tersebut sama bahagian atau bahagian yang berbeza , sama ada wujud bayaran tambahan atau dengan jumlah yang sama .
Urusniaga seperti ini juga haram dan tidak dibenarkan kerana wujud unsur riba walaupun tidak ketara . Pembayaran tunai berbeza dengan bayaran tangguh . Dengan itu , wujud tambahan nilai pada salah satu barangan iaitu barangan yang dibayar secara tunai .
Larangan ini telah dinyatakan oleh sabda Nabi SAW dalam hadis Abu Said Ra yang lalu :
لا تبيغوا منها غائبا بناجز
Maksudnya : “ Jangan kamu menjual barangan yang tiada dengan barangan yang ada “ . Riwayat Tirmizi.
Tangan dengan tangan bermaksud penerimaan secara tunai , kedua-dua pihak menyerahkan barangan yang ada di tangan masing-masing ketika memeterai akad. Perbuatan ini biasanya merujuk kepada tunai .

3.2.3    Riba al- Yad ( tangan )
Riba yad ialah jual beli barangan berunsur riba dengan barangan berunsur riba yang lain dn kedua-duanya mempunyai illah yang sama tanpa disyaratkan tempoh tertentu ketika akad tersebut . Walau bagaimanapun , kelewatan menyerahkan salah satu atau kedua-dua barangan benar-benar berlaku di luar majlis akad .
3.3       Kaedah Menentukkan Barangan Sama Bahagian atau Tidak .
      Para fuqaha’ telah meletakkan kaedah bagi menentukan barangan yang sebahagian dan yang tidak sebahagian . Menurut fuqaha’ , dua barangan yang mempunyai nama khas yang sama berasal daripada kejadian asal yang sama adalah sebahagian. Sementara dua barangan yang kejadian asalnya memunyai nama yang berbeza adalah bahagian yang berbeza .
Maksud nama khas ialah nama yang membezakannya dengan nama am. Contohnya kata nama tamar adalah nama khas yang membezakannya dengan buah-buahan yang lain . Persamaan mereka hanya pada nama am iaitu buah-buahan..
3.4       Jual beli Barangan Berunsur Riba dan syarat-syarat bagi Membolehkannya.
Semua barangan berunsur riba yang di nyatakan  banyak digunakan dalam urusniaga dan saling bertukar tangan. Dalam pada itu, syariat Allah SWt datang unuk memudahkan dan meringankan segala bebanan manusia. Firman Allah SWT :

߃̍ムª!$# ãNà6Î/ tó¡ãŠø9$# Ÿwur ߃̍ムãNà6Î/ uŽô£ãèø9$#
Maksudnya : Allah mengkehendaki kamu beoleh kemudahan , dan ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran . (Surah Al-baqarah : 185 )
Firman Allah SWT:
(#rßÎg»y_ur $tBur Ÿ@yèy_ ö/ä3øn=tæ Îû ÈûïÏd9$# ô`ÏB 8ltym 4
Maksudnya : Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama .( surah al-Haj : 78 )
Barang-barang ribawi sepakat para Ulama adalah enam jenis benda yang disebutkan Rasulullah s.a.w dalam hadis di atas iaitulah: Emas, Perak, Tamar, Garam, Gandum, dan Syair. Emas dan Perak adalah dua benda ribawi se-illah berlainan jenis. Tamar, gandum, syair, garam adalah benda ribawi berlainan jenis se-illah. Adapun emas dengan gandum misalnya maka keduanya adalah berlainan jenis dan illah.
Syarat dalam melaksanakan jual beli barang ribawi apabila ianya sejenis dan se-illah seperti emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum hendaklah ada padanya 3 syarat:
3.4.1    Barangan sama jenis
Apabila jual beli membabitkan barangan berunsur riba dari bahagianya yang sama,Iaitu bersamaan jumlahnya sama ada dari segi timbangan mahupun sukatan maka tidak boleh menukar 3g emas dengan 3.1g emas, 4kg gandum dengan 4.1kg gandum. Jual beli perlu memenuhi tiga syarat bagi mengelakkan termasuk dalam jual beli riba:
§  Barangan yang ditukar di tangan mestilah sama.
Mestilah mengikut sukatan yang sama bagi barangan yang boleh disukat seperti cupak dengan cupak, liter dengan liter. Mestilah mengikut timbangan yang sama bagi barangan yang ditimbang seperti kati dengan kati, kilogram dengan kilogram.
§  al-Hulul iaitu akad mestilah tunai.
 Akad tersebut tidak menyebut tempoh tertentu bagi penyerahan maa-mana barangan walaupun untuk tempoh yang singkat. Penyerahan barang itu mestilah bersegera dalam majlis akad jual beli. Tidak boleh menjual 3kg gandum yang ada di majlis dengan 3kg gandum yang berada di luar majlis akad.
§  Taqabud iaitu serah terima berlaku dalam majlis akad.
Kedua- dua pihak mestilah menerima barangan yang ditukar sebelum mereka berpisah dari tempat termeterainya akad. Maka tidak sah menjual 3kg gandum yang berada di majlis akad dengan 3kg gandum yang berada di majlis akad tetapi akan diberi selepas
Adapun menjual barang ribawi yang tidak se-illah dan tidak sejenis maka tidak tidak mengapa dijual secara berlebih kurang dan secara bertangguh asalkan memenuhi syarat-syarat jual beli yang lain seperti milik penjual, mampu diserahkan, suci bukan najis dan sebagainya.
3.4.2    Barangan Tidak Sebahagian Tetapi Mempuyai Illah Riba Yang Sama
Apabila jual beli tersebut membabitkan dua bahagian barangan berunsur riba yang berlainan bahagian tetapi mempunyai iilah riba yang sama, jual beli ini perlu memenuhi dua syarat bagi menjadikan jual beli tersebut sah dan bersih daripada riba:
§  Akad tersebut mestilah tunai dan serta-merta.
§  Penerimaan barangan berlaku di tempat termeterainya akad.
Dalam keadaan ini, kedua-dua barangan tidak perlu mempunyai kadar yang sama. Bahkan dibenarkan jual beli secupak gandum dengan dua cupak barli dan sebagainya. Akad ini segala prosesnya adalah sah. Namun dengan syarat, tidak dinyatakan sebarang temph tertentu bagi penyerahan barangan dan penerimaan berlaku pada ketika itu.
3.4.3    Barangan Berlainan Illah Riba.
Aspek yang diambil kira dalam menentukan sesuatu barangan itu berunsur riba atau tidak ialah barangan tersebut berbentuk matawang atau makanan. Maksud berlainan illah riba sudah tentu hanya merujuk kepada jual beli yang membabitkan salah satu barangan berbentuk mata wang dan satu lagi berbentuk makanan. Dalam hal ini, kesahihan jual beli dan akad tersebut tidak terikat dengan syarat-syarat yang dinyatakan sebelum ini.
            Dengan ini jual beli 20 cupak gandum dangan 10 gram emas adalah sah. Sama ada berlaku proses penyerahan dan penerimaan atau tidak, atau ditetapkan tempoh penyerahan tertentu atau tidak.
3.4.4    Pertukaran Berunsur Riba Dengan Barangan Bukan Berunsur Riba
Apabila jual beli membabitkan barangan berunsur riba dan bukan berunsur riba, jual beli tersebut sah tanpa terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan bagi urusniaga barangan berunsur riba. Tidak perlu dibayar dengan kadar yang sama atau di bayar secara tunai atau diterima di majlis akad. Ini kerana, urusniaga ini tidak termasuk dalam erti kata.
Persamaan : Kewujudan , Diambil Kira dan Halangan .
        Sepertimana yang diketahui , apabila sesuatu jual beli membabitkan barangan yang berunsur riba dengan barangan yang sama bahagian dengannya , perlu wujud persamaan kadar antara dua barangan tersebut supaya jual beli tersebut diterima sah dan tidak terlibat dengan riba . Ini tidak termasuk syarat-syarat lain yang telah dinyatakan .
         Apa yang ingin kita bincangkan di sini ialah bagaimana persamaan ini wujud , bilakah persamaan ini di ambil kira dan apakah yang menghalang wujudnya persamaan ini ?
Apa yang mewujudkan persamaan
           Agar wujud persamaan antara dua barangan yang di jual beli , kadar kedua-dua barangan mestilah sama menurut ukuran yang diterima oleh syara’ . Kadar yang diterima oleh syara’ ialah sukatan yang sama bagi barangan yang boleh disukat walaupun timbangannya berbeza, ataupun timbangan yang sama bagi barangan yang ditimbang walaupun sukatannya berbeza . Oleh itu , barang yang dijual berdasarkan sukatan , tidak sah dijual dengan barangan yang sama bahagian kecuali jika sukatannya sama . Dengan ini , tidak sah jika ia dijual dengan barangan yang sama berdasarkan timbangannya yang sama .
            Bagi barangan yang dijual berdasarkan timbangan , ia tidak boleh dijual dengan barangan yang sebahagian dengannya kecuali juka timbangannya sama . Jadi tidak sah barangan ini dijual dengan barangan yang sama berdasarkan sukatannya yang sama . Oleh itu , ukuran yang digunakan bagi menentukan  kewujudan persamaan ini ialah sama sukatan bagi barangan yang disukat atau sama timbangan bagi barangan yang ditimbang .

3.4.5    Penentuan Sesuatu Barangan Sama Ada Disukat Atau Ditimbang .
        Penentuan ini dibuat berdasarkan amalan setempat penduduk Hijaz iaitu Mekah dan Madinah pada zaman Rasulullah SAW kerana kebiasaannya Nabi SAW melihat dan mengiktiraf ukuran ini . Juga berdasarkan hadith riwayat Abu Daud dan al-Nasaie , Rasullah SAW bersabda :
الوزن وزن أهل مكة والميكال مكيال أهل المدينة
Maksudnya : timbangan itu menurut timbangan penduduk Mekah dan sukatan itu menurut sukatan penduduk Madinah”. Riwayat Abu Daud ( 3340) dan al-Nasaie (7/284)
         Oleh itu, semua amalan penduduk Hijaz pada zaman itu yang ada diriwayatkan , maka amalan tersebut akan dijadikan ukuran . Walaupun penduduk di negara lain mengamalkan cara yang berbeza .Bagi barangan yang tiada pada zaman Nabi SAW seperti kopi , atau ada tetapi tidak dapat dikenalpasti kaedah yang diguna pakai , beberapa perkara perlu dilihat :
·         Bagi barangan yang tidak boleh disukat mungkin kerana saiznya yang besar hingga terkeluar daripada penyukat atau wujud ruang udara di  dalamnya , contohnya buah safarjal delima dan terung , ukuran bagi barangan ini perlu dibuat dalam timbangan .
·         Bagi barangan yang boleh disukat , terdapat dua padangan ulama’ mengenainya :
                    i.            Mengikut barangan yang hamper sama dengannya di Hijaz .
                  ii.            Mengikut amalan yang diguna pakai di Negara tersebut . Cara ini lebih sesuai
                   Menurut Abu Yusuf RA, salah seorang ulama’ mazhab ulama’ Hanafi , penentu sesuatu barangan yang digunapakai . Bagi barangan yang biasanya dijual secara sukatan oleh orang ramai dalam Negara tersebut , ia adalah barangan yang disukat . Bagi barangan yang biasanya dijual secara timbangan , ia adalah barangan yang ditimbang .
                    Menurutnya lagi , apa yang disebut dalam nas , adalah selari dengan amalan yang diguna pakai ( uruf ) ketika itu . Syara ‘ menetap sukatan bagi sesuatu barangan atau timbangan bagi sesuatu barangan kerana itulah amalan yang diguna pakai ketika itu . Jika amalan yang diguna pakai adalah sebaiknya , sudah tentu nas akan menyatakan ukuran berdasarkan amalan yang diguna pakai .
                    Sebahagian daripada ulama’ mazhab Hanafi yang muttakhir lebih cenderung dengan pendapat ini mungkin kerana ia lebih memudahkan orang ramai dan menjauhkan mereka daripada dosa . Jika tidak , sudah tentu banyak urusniaga di kebanyakan Negara akan dianggap sebagai tidak sah dan para peniaga akan dianggap sebagai orang yang fasiq . Oleh itu , kami melihat tidak ada sebarang halangan untuk mengamalkan cara ini .
3.5       Bilakah Persamaan Ini Diambil Kira
Jika barangan yang berunsur riba , sama ada disukat atau ditimbang berubah-ubah kadarnya mengikut keadaan tertentu , ketika basah dan ketika kering , persamaan yang diambil kira ialah waktu kering iaitu ketika barangan tersebut benar-benar telah matang.
        Dengan ini , bijirin dengan bijirin tidak boleh dijual beli kecuali setelah  ia kering dan dibersihkan daripada kulitnya agar benar-benar sama. Buah kurma basah ( rutob ) juga tidak boleh dijual kecuali setelah menjadi tamar .Oleh itu , rutob dengan rutob tidak boleh dijual beli . Begitu juga rutob dengan tamar . Angur dengan anggur, atau anggur dengan kismis juga tidak boleh dijual beli kerana kematangan anggur hanya berlaku apabila ia berubah menjadi kismis .
         Begitu juga buah-buahan lain seperti tin dan apricot .Ia tidak boleh dijual beli sesame bahagiannya kecuali dalam keadaan kering . Oleh itu , buah-buahan yang basah dengan yang basah atau yang basah  dengan kering  tidak boleh dijual beli .
Jika barangan berunsur riba tadi sama ada yang disukat atau yang ditimbang tidak boleh dikeringkan . Contohnya timun , atau pun bahagian  anggur dan kurma yang tidak boleh dikeringkan, ataupun buah zaitun, persamaan bagi barangan ini boleh diterima dalam keadaan basah dan perlu dijual mengikut timbangan walaupun barangan tersebut biasanya dijual mengikut sukatan .
                    Walau bagaimanapun, jika bahan-bahan ini dijual beli dengan barangan yang tidak sebahagian, contohnya tepung gandum dijual beli dengan tepung barli atau sebagainya sama ada kadarnya sama atau berbeza, ini tidak menjadi salah kerana bahagiannya berbeza.Ini perlu dilakukan secara tunai dan diterima ketika akad .
Bijirin-bijirin yang mengeluarkan minyak seperti bijan boleh ditentukan kesamannya sama ada dalam bentuk bijirin ataupun dalam bentuk minyak. Walau bagaimanapun , bijirinnya tidak boleh dijual beli dengan minyaknya kerana wujud persamaan .
Bagi anggur, menurut pendapat yang paling sahih, buah anggur dalam bentuk kismis, cuka atau jus diterima sebagai sama. Begitu juga dengan kurma basah , dalam bentuk kurma atau cuka atau jus diterima sebagai sama .
Persamaan juga wujud dalam semua bentuk susu, iaitu dalam bentuk susu segar (susu yang tidak dicampur dengan bahan lain) . Oleh itu , susu (halib) dengan susu ( halib ) boleh dijual beli dengan syarat selepas hilang buihnya . Begitu juga susu al-raib atau susu al-raibdengan susu halib.
                   Walaubagaimanapun , persamaan ini tidak wujud jika ia berubah rupa seperti keju atau keju putih atau mentega . Ini kerana perubahan adalah disebabkan oleh campuran bahan tertentu .Keju dicampur dengan rennet, keju putih dicampur dengan garam dan mentega mesti dicampur dengan sedikit mentega susu ( bahan pembuat mentega ) . Oleh itu, tidak wujud persamaan. Atas dasar itu, bahan-bahan ini tidak boleh dijual beli sesama sendiri .Mentega tidak boleh dijual beli dengan minyak sapi. Begitu juga susu tidak boleh dijual beli dengan bahan yang diproses daripada susu seperti keju atau sebagainya.
3.5.1    Faktor yang Menghalang Persamaan
Terdapat beberapa faktor yang menghalang wujudnya persamaan antara dua barangan yang sebahagian iaitu kesan bakaran dan campuran :
        i.            Kesan bakaran
Apabila wujud kesan pada barangan yang berunsur riba sama ada secara panggang, goreng atau masak sebagai mana contoh : susu yang dididih, daging yang dipanggang atau kacang yang direbus. Barangan seperti ini tidak boleh dijual beli dengan barangan yang sama dan sebahagian dengannya kerana tidak mungkin akan wujud persamaan. Ini disebabkan kesan bakaran ini tidak boleh disukat.
            Walau bagaimanapun, tidak salah jika bakaran tersebut untuk tujuan pemisahan. Misalnya, untuk memisahkan madu dengan sarangnya, minyak sapi dengan susu atau emas dan perak dengan bahan campurannya dengan tujuan mengelak penipuan. 
      ii.            Campuran
Apabila barangan yang berunsur riba dicampurkan dengan bahan yang tidak sebahagian dengannya sama ada bahan tersebut juga berunsur riba atau bukan, persamaan tidak akan wujud kerana kadar campuran tidak boleh ditentukan. Oleh itu, barangan ini tidak boleh sama sekali dengan barangan sebahagiannya sama ada yang telah dicampur dengan sesuatu atau pun tidak. Jadi, keju dan keju putih dianggap sebagai dua barangan yang berbeza bahagiannya.
3.6       Persamaan Berdasarkan Keyakinan dan Bukan Andaian
Persamaan ini perlu wujud dengan cara yang meyakinkan ketika memeterai akad iaitu, barangan itu disukat atau ditimbang terlebih dahulu sebelum akad dimeterai atau kadar kedua-dua barangan telah diketahui oleh kedua-dua pihak.
            Persamaan ini tidak boleh hanya berdasarkan kepada andaian atau kemungkinan. Misalnya, jual beli seguni gandum dengan seguni gandum tanpa sukatan atau timbangan tertentu dengan andaian kedua-dua guni adalah sama.atau pun dalam keadaan jual beli 100 gantang dengan seguni gandum yang dikatakan sama sukatannya. Kedua-dua jual beli ini tidak dibenarkan kerana wujud kemungkinan barangan yang dijual beli adalah tidak sama.
            Syarat sah jual beli barangan yang berunsur riba yang sama bahagian ialah tiada kemungkinan barangan tersebut berlainan sukatan atau timbangan kerana kemungkinan ini beerti tiada persamaan. Hukum ini berdasarkan hadis Jabir RA yang berkata :
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن بيع الصبرة من التمر لا يعلم مكيلتها بالكيل المسمى من التمر
Maksudnya : “Rasulullah SAW melarang menjual seguni tamar yang tidak diketahui sukatannya dengan tamar yang diketahui sukatannya”
            Hukum ini disokong oleh kata-kata Ibn Mas’ud RA  : “Setiap perkara yang bercampur antara halal dan haram pasti haram mengatasinya.”
            Maksudnya disini adalah apabila dua perkara berlaku pada satu barangan, satu perkara menyebabkan barangan itu dihalalkan dan satu lagi menyebakan barangan itu diharamkan. Faktor yang menyebabkan barangan itu diharamkan akan diambil kira dan barangan itu tidak dibenarkan dijual beli. Ini sebagai langkah berjaga-jaga dan menjauhkan diri daripada perkara yang meragukan.
            Di sini ada dua kemungkinan, yang pertama, perbezaan itu tidak wujud dan ini boleh menyebabkan jual beli menggunakan guni tadi halal dan satu lagi kemungkinan ialah perbezaan itu wujud dan ini menyebabkan jual beli ini tidak halal. Maka larangan ini akan lebih diutamakan.
3.7       Muzabanah dan Muhaqalah
Terdapat dua perbezaan maksud antara muzabanah dan muhaqalah dalam jual beli barangan yang berunsurkan riba dan tidak dibenarkan oleh syarak.
Yang Pertamanya muhaqalah ialah jual beli bijiran yang masih di dalam kulitnya dengan barangan yang sama secara andaian iaitu mengandaikan sukatan atau timbangannya sama. Yang kedua, muzabanah ialah jual beli kurma yang basah (rutob) yang masih berada dia atas pokok dengan kamar (tamar) yang telah telah dipetih dengan andaian kedua-duanya sama. Begitu juga dengan anggur dan kismis.
Diriwayatkan oleh Ibn Umar R.Anhuma bahawasnya Rasulullah S.A.W bersabda:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن المزابنة أن يبيع ثمر حائطه إن كان نخلا بتمر كيلا، وإن كان كرما أن يبيعه بزيب كيلا أو كان زرعا أن يبيعه بكيل طعام، ونهى عن ذلك كله.
Maksudnya: “Rasulullah S.A.W melarang jual beli muzabanah iaitu menjual buah yang ada di kebun, buah yang berada dipohon kurma (tamar) mengikut sukatan, buah yang berada di pohon anggur dengan kismis mengikut sukatan, atau tanaman yang dijual dengan makanan mengikut sukatan tertentu. Baginda melarang semua perbuatan ini”. (Riwayat al-Bukhari (2091)
3.8       Al-Araya
Araya pada istilah ialah pokok yang dibiarkan oleh pemiliknya untuk makanan sendiri. Pokok ini dinamakan demikian kerana ia dipisahkan daripada hukum-hukum pokok lain dalam kebun tersebut. Ini kerana terdapat dikalangan orang ramai yang mahu kurma basah dan anggur  yang dipetik daripada pokoknya sedangangkan dia tidak mempunyai pokok kurma dan anggur. Maka hukum syarak membenarkan untuk dibuat jual beli.
Menurut syarak pula araya ialah menjual buah kurma basah (rutob) yang masih di atas pokok secara andaian dengan kurma (tamar), ataupun menjual anggur secara andaian dengan kismis, dan kadarnya adalah kurang daripada lima wasaq iaitu bersamaan dengan lebih kurang 700 kilogram.
Hukum di atas adalah berdasarkan hadis yang diriwatkan oleh Rafi’ bin Khudaij dan Sahl bin Abu Hathmah R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن المزابنه الثمر بالتمر إلا أصحاب العرايا فإنه قد أذن لهم
Maksudnya: “Rasulullah S.A.W melarang jual beli muzabanah iaitu jual beli buah–buahan dengan kurma (tamar) kecuali bagi pemilik araya kerana Baginda membenarkannya”. (Riwayatal-Bukhari (2078 & 2079)

4.0       HIKMAH PENGHARAMAN RIBA
Dalam masalah ini, para ulama telah berselisih pendapat kepada dua golongan. Golongan yang pertama mengatakan bahawa hikmat pengharaman riba merupakan perkara taabudiyyah (ibadat). Maknanya Allah telah mengharamkan riba ke atas kita dengan kita tidak perlu lagi mencari hikmat pengharamannya kerana ia termasuk di dalam perkara taabbudiy.
Sementara golongan kedua berpendapat bahawa hikmat pengharaman riba merupakan perkara yang dapat diketahui dan difahami. Ini kerana pengharaman riba termasuk di dalam ketegori urusan muamalat sesama manusia. Menurut kebiasaannya, akal manusia mampu untuk mencari dan melihat sesuatu hikmah di sebalik sebarang hukum yang bersangkut paut dengan urusan muamalat.


Dari Perspektif Kemanusiaan
  1. Riba merupakan perbuatan mengambil harta orang lain tanpa berlaku sebarang pertukaran. Ini kerana orang yang menjual 1 dirham dengan harga 2 dirham dengan cara lani atau tangguh sebenarnya telah menghasilkan dirham tambahan tanpa sebarang pertukaran melalui proses jual beli dan sebagainya. Ini merupakan suatu perbuatan eksploitasi dan penindasan.
  2. Riba juga menyuburkan sikap malas berkerja kerana orang kaya yang berharta tidak perlu lagi bersusah-payah untuk berniaga, berfikir bagaimana memasarkan barangan jualanya atau projek pelaburannya. Apa yang perlu mereka lakukan ialah memberi hutang  atau pinjaman kepada mana-mana pihak yang memerlukannya dengan kadar faedah. Keadaan ini akan mewujudkan golongan yang malas berkerja dan perbuatan ini bertentangan dengan Islam.
  3. Riba juga boleh menyebabkan penindasan dan menyuburkan sifat permusuhan sesame manusia. Ia juga dapat menghilangkan rasa kasih-sayang dan saling menolong sesama manusia. Ini cukup bertentangan dengan sifat agama langit khasnya Islam yang sentiasa menyeru kepada tolong-menolon ke arah kebaikan.
  4. Dari segi sosial, riba langsung tidak memberi faedah kepada masyarakat kerana ia langsung tidak menyumbang ke arah meningkatnya kekayaan sesebuah masyarakat. Apa gunaya riba kalau hanya meningkatkan kekayaan sesetengah pihak sahaja. Maka sudah berlakulah ketidak adilan dalam ,masyarakat tersebut dan kemungkinan besar boleh menggugat kemakmuran sesebuah masyarakat.
  5. Riba juga boleh mendatangkan kesan terhadap keseimbangan dalam ekonomi sesebuah negara. Faedah yang tinggi boleh membawa kapada ketakseimbangan dari segi penawaran dan permintaan seterusnya boleh membawa negara ke kancah kemelesetan ekonomi.
  6. Riba mencegah kebaikan dan meniadakan pengharapan orang – orang yang memiliki kebutuhan terhadap orang lain. Riba mengambil keuntungan dari kebutuhan orang lain. Sedangkan islam menginginkan agar manusia berbuat baik terhadap sesamanya dalam pemenuhan kebutuhan.
Dari Perspektif Ekonomi
       I.            Keseluruhan sistem ekonomi akan menjadi rapuh kerana aktiviti ekonomi sebenar tidak jelas sama sekali.  Sistem riba menghalang orang ramai dari terbabit secara langsung dengan aktiviti ekonomi sebenar.  Apabila keadilan, ketelusan, dan keseimbangan dalam sistem ekonomi dinafikan, lihatlah bagaimana krisis ekonomi dunia yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa tatkala ini.
    II.            Menyebabkan krisis sub prima yang teruk akibat lambakan kredit tanpa kawalan. Mendedahkan sistem ekonomi kepada risiko kejatuhan yang sangat berbahaya.
 III.             Sistem riba akan menghancurkan dan memberi impak yang negatif di mana ia akan meruntuhkan pandangan masyarakat terhadap keyakinan kepada sistem ekonomi yang sebenar.
 IV.            Menghambat negara ke arah kemelesetan ekonomi untuk kali yang seterusnya dengan kewujudan kelompongan nilai ekonomi sebenar berbanding transaksi kewangan.







Kesimpulan
Islam menutup pintu bagi siapa yang berusaha untuk mengembangkan harta melalui jalan riba. Lalu riba itu diharamkan, baik sedikit mahupun yang banyak. Islam juga mencela kaum Yahudi yang mengamalkan sistem riba, padahal mereka telah dilarang oleh Allah dalam perkara itu. Antara ayat-ayat yang terakhir diturunkan dalam larangan perlakuan riba ini
Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan riba adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah salah satu dari dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim yang disebutkan secara jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya.
Di antara kesan buruk riba terhadap individu adalah melahirkan individu bersikap ego. Pelaku riba hanya mengutamakan kepentingan peribadi dan memikirkan perihal diri sendiri sahaja. Sikap ego ini akan menghilangkan semangat pengorbanan dalam mendahulukan orang lain serta akan lenyap erti kasih untuk menjaga kebajikan kepada sesama masyarakat maka akan pudarlah ikatan persaudaraan antara sesama manusia. Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita berazam untuk membersihkan harta kita dari amalan ribawi selaras dengan kehendak ajaran Islam. Seterusnya mendapat mardhatillah dalam menjalani kehidupan seharian. Amin.






RUJUKAN
Dr. Mustafa Al- Khin, Dr Mustafa Al-Bugha, Ali Al-Sarbaji (2011), Fiqh Manhaji ala mazhab as-syafie, Damsyik: Dar Al-Qalam, Jil 3.
Dr. Muhammad Az-Zuhaili (2007), Al-Mu’tamad Fil Fiqh Al-Syafie, Damsyik: Dar Al-Qalam, Jil 3.
Kementerian Wakaf Dan Hal Ehwal Islam Kuwait, Al-Mausua’ah Al-Fiqhiyyah, Kuwait.Cet. 4, Jil. 22.
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2012), Riba: Perspektif Tasawuf, Bank Muamalat, 2012.
Dr. Basri Ibrahim (2009) , Isu-Isu Fiqh Halal & Haram Semasa,  Al-Hidayah Publication: Batu Caves, Jilid 2.

Zaharuddin Abd. Rahman (2010), Riba Dan Isu Kewangan Islam Semasa, Telaga Biru: Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan